dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Jom Ke Perpustakaan 2024 Anjuran Perpustakaan Desa Tambun Tulang

12 Disember 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 11 December 2024, telah berlangsung program Jom Ke Perpustakaan 2024 Anjuran Perpustakaan Desa Tambun Tulang. Program ini berlangsung di Perpustakaan Desa Tambun Tulang bermula pada pukul 08:00 pagi sehingga 01:00 tengah hari.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah, Staf NADI mengadakan aktiviti mewarna bersama-sama pelajar Tadika Islam Al-Istiqamah Tambun Tulang. Seterusnya, Staf NADI dari NADI Batas Lintang memberi taklimat mengenai apa itu NADI dan program-program yang dijalankan di NADI, manakala Staf NADI Padang Besar Selatan memberi taklimat mengenai Klik Dengan Bijak – Jenayah Scam dan Staf NADI Tambun Tulang memberi taklimat mengenai bahayanya Child Grooming. Akhir seklali, turut diadakan pemeriksaan kesihatan oleh Staf NADI kepada komuniti yang hadir.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan di antara NADI dengan komuniti, dapat memperkenal NADI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.